• N900 Bukan Sekadar Phone



    Nokia N900 merupakan satu lagi keluaran terbaru daripada pengeluar handphone gergasi dari Finland. N900 dikeluarkan pada penghujung tahun 2009 di mana ia telah banyak menerima sambutan daripada penggemar gadget di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Nokia Malaysia masih belum mengeluarkan kata rasmi sama ada N900 bakal dipasarkan di Malaysia atau pun tidak. Buat masa ni, untuk mereka yang ingin memiliki Nokia N900, boleh membeli set AP yang skrg dijual umpama pisang goreng panas di tepi jalan..





    Jadi apa yang menariknya tentang Nokia N900 ni? Ye la kan ada banyak jenis handphone yang canggih manggih skrg ni seperti Google Nexus One, dan handphone kegilaan ramai iaitu Iphone 3Gs. Perbezaan utama N900 ni adalah ia merupakan Internet Tablet yang dilengkapi dengan fungsi telefon. So fungsi utama gadget ni bukanlah telefon tetapi Internet Tablet supaya penggunanya dapat menggunakan internet dengan mudah di mana saja.

    Specification N900: Click Here

    Pada pendapat Amal, N900 ni merupakan satu phone yang sangat menarik kerana ia menggunakan OS Maemo5 (Linux) bukan seperti phone-phone Nokia yang lain yang menggunakan Symbian OS. Dengan menggunakan processor ARM Cortex-A8 600 MHz, N900 semestinya telah memberi kepuasan kepada Amal kerana handphone ini sungguh smooth apabila dipakai. Tak ada lagi lagg atau stuck semesa ia digunakan. Kira memang berbaloilah..

    Kalau nak diceritakan kelebihan N900 ni memang banyak.. Amal akan letakkan mana yang Amal paling suka..

    1) SMS, Email dan IM

    Penggunaan SMS dalam N900 sangat berlainan daripada phone Nokia yang lain. Interface dia umpama kita menggunakan instant messenger (IM). Lebih mesra, mudah dan tersusun. Malah senang nak lihat msg2 yang sebelumnya. N900 juga membolehkan kita meng-integratedkan IM kita dengan phone ini.. IM seperti GoogleTalk, YM dan Skype, semuanya boleh digunakan di dalam N900.. Cara penggunaannya sama seperti kita ber-SMS dengan rakan2. Yang paling best, tak perlu menginstall application baru jika ingin menggunakannya. Semuanya dalam satu. Simple dan mudah.

    Kita juga boleh mengekses Email-email kita dengan mudah. Umpama function dalam Blackberry, N900 akan memberitahu kita sekiranya terdapat email baru di dalam inbox kita. Yang penting kita mestilah mempunyai akses Internet 24 hours. (wifi atau broadband)

    2) Web Browser dan Flash

    Web Browser N900 menggunakan Firefox versi mobile di mana kita boleh membuka website di Internet dengan sepenuhnya, umpama membuka website di PC kita. Malah, kita juga boleh membuka flash application seperti youtube, farmville dan sbgnya tanpa sebarang masalah. Tidak seperti handphone yang lain, N900 memaksimakan penggunaan Internet kepada penggunanya. (kiranya umpama mini laptop la ni)

    3) Multi-tasking

    Nokia memang terkenal dengan multi-tasking sejak dari zaman Symbian OS lagi. N900 mampu beroperasi dengan lancar walaupun 6 application dilancarkan sekaligus dalam satu masa. Ini bermaksud, kita boleh mendengar lagu sambil bersms ataupun ketika melayari internet di dalam N900.. Satu function yang sangat best :)

    4) 4 Panorama Desktop

    N900 mempunyai 4 desktop yang boleh diubahsuai mengikut citarasa penggunanya. Pengguna hanya perlu slide ke kiri atau ke kanan untuk ke desktop yang seterusnya. Simple tapi banyak membantu untuk mempercepatkan akses.

    5) Touch Screen dan QWERTY keyboard

    Fungsi ini memang banyak dimiliki oleh handphone2 yang lain.. Tapi ada juga pesaing N900 yang masih menggunakan touch screen sahaja... Bagi Amal QWERTY itu satu kemestian supaya lebih senang untuk menaip ketika berSMS mahupun berchatting.

    Kelemahan...

    - Kekurangan application kerana Maemo5 masih baru.
    - Sistem GPSnya masih belum mampu menandingi Garmin di dalam Symbian OS
    - Cameranya masih belum mampu melawan N82 (handphone Amal sebelum ini)
    - Tiada fungsi MMS, Video Call (Bakal diupdate di masa akan datang).

    Saranan Amal kepada semua yang ingin membeli phone ini, fikirkan dahulu untuk apa korang nak beli handphone? Jika nak mencari handphone yang simple dan cool, N900 bukanlah pilihan yang terbaik. N900 ini lebih besar dan sophisticated. Anda perlu banyak belajar dan rajin membuat research jika mahu menggunakan handphone ini. Bagi Amal N900 masih dalam development lagi. Jadi untuk mereka yang tak sabar dan tak nak belajar.. Jangan la beli.. Menyesal dan mengutuk je korang last skali.

    But.. for me this is my FAV Phone!!
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain