• Apple TV - The new way to watch TV?

    Bayangkan kita dapat melihat Youtube dan online video di kaca TV kita tanpa perlu membuka komputer. Menarikkan? Baru-baru ni, Apple sekali lagi telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Apple TV. Pada pendapat Amal benda ni sangat menarik sebab ia boleh digunakan untuk pelbagai benda selain daripada untuk menonton online video. 


    Tumpuan utama Amal pada produk terbaru Apple ini adalah size produk ini sendiri. Sangat kecik. Berbentuk segi empat sama dengan sisi 7.7". Mudah untuk dibawa ke mana-mana atau untuk diletakkan di meja TV yang sedia ada. Design nya yang sangat simple dan kecil pasti akan membuka mata banyak pihak. Jangan main-main benda kecik ni mempunyai storage size 160GB. Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan WiFi receiver dan juga alat kawalan jauh (remote control). Yang paling menarik adalah harganya.. RM549 je.. Wow kalau macam ni la, Amal pun nak beli satu dan letak kat rumah. Masalahnya mesti ada widescreen/projector TV. Rumah Amal masih guna TV CRT lagi la.. Nak pakai benda ni kena beli satu LCD TV la nampaknya hehe.. 

    Mungkin pada korang apa la yang boleh dibuat dengan Apple TV ni, hanya stakat boleh tengok online video dan video yang sedia ada je. Dah la tak boleh baca DVD atau Bluerray. Sebenarnya kalau difikirkan dengan teliti, kita boleh kembangkan penggunaan Apple TV kepada banyak benda. 

    Kita boleh gunakan dia sebagai Digital Photo Frame.. Yup big size punya.. dijamin puas maa.. Skrgkan mana ada digital photo frame yang besar paling besar pun kalau tak silap x sampai A3 atau A4 pun. Jadi this produk boleh tolong untuk realisasikan idea ni :)

    Pastu kan ramai suka tengok drama bersiri dan performances dalam youtube. Maklumlah semuanya dah tersedia di sana. Jadi benda ni dikira sebagai advantage besar. Tak perlu la nak buka PC semata-mata nak tengok drama yang kita minati tu.. Malah ramai boleh tengok sekali.. Nak guna sebagai dengar music player pun boleh.. Sekali lagi tak payah buka PC hehehe...

    Amal suka Apple TV ni sebab dia ada WiFi receiver.. maksudnya ia akan open up big possibilities. Maklumlah dengan internet, banyak benda kita boleh buat. Produk ni juga siap dengan USB port untuk memudahkan kita transfer file-file multimedia. Amal tak pasti benda ni boleh benarkan kita surf internet atau tak.. Kalau boleh mmg lagi masyuk la kan hehe

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain