• iPod Touch 4G

    Kegilaan terbaru Amal pada bulan Ramadhan ni.. Lain tak bukan untuk memiliki sebuah iPod Touch 4G keluaran Apple. Apa yang menjadikan iPod Touch kali ini lebih menarik adalah ia dilengkapi dengan dua kamera depan dan belakang.. Wah ni dah jadi iPhone la ni hehehe... Perbezaan utamanya dia tak boleh buat phone call je... Well ye la.. kalau dah boleh buat phone call, baik campak tepi je iPhone tu hahaha...


    So apa yang menarik lagi dengan iPod Touch ni? Reka bentuk device ni lagi nipis berbanding yang dulu malah lebih kecik sikit daripada iPhone 4G. Untuk mereka yang sudah ada smart phone macam Amal ni, iPod Touch boleh dikira sebagai alat untuk tgk movie, main game, dengar lagu dan sebagainya... Bukan tak boleh buat dalam phone yang sedia ada, tapi kuat makan bateri, bayangkan lepas tengok movie dalam phone tetiba bateri habis, time2 tu pulak la ada urgent call.. Tak keruan dibuatnya hehehe...


    Ukuran phone ni agak comel dengan ketinggian 111.0mm dan kelebaran 58.9mm. Berat dia pulak hanya sebanyak 101gram je.. Ringan siot.. Balik kat anjing pun anjing tak mati.. Siap anjing tu bawak lari adalah hahaha..

    iPod Touch ni ada tiga jenis, 8GB, 32GB dan 64GB.. So pengguna boleh pilih sama ada nak ada storage yang besar ataupun kecik. Harga pun boleh tahan.. Untuk 8GB = RM 829*, 32GB = RM 1079* dan 64GB = RM 1399*.

    Amal teringin nak beli yang 32GB nye.. tak besar sangat dan tak la kecik sangat.. Asal cukup untuk tgk movie, dengar lagu dan guna application dah cukup dah.. 8GB rasa macam kecik sangat malah harga 32GB ni dah turun.. kalau masa iPod Touch 3G, harga dia RM1179. So kire berbaloi juga la nak beli ni hehe..

    Nanti Amal akan kasi lagi banyak review pasal gadget ni once Amal dah beli nanti.. Entah bila pun tak tau la.. sebab kat Malaysia pun belum sampai lagi.. Estimate sampai kat Malaysia hujung bulan September ni.. Untuk yang berminat, ape lagi simpan la mulai sekarang.. :)

    *Harga mengikut website Apple Store Malaysia
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain