• [Android Apps] Barcode Scanner


    Sedang Amal duduk berehat di kala hujung minggu ni, Amal pun terfikir bagaimana nak godek-godek phone Android ni. Ye la handphone dah canggih, rugi la tak explore betul-betul. For the beginning, Amal start mencari-cari apps di dalam Android Market.. Haish susah tul nak baca satu-satu. Leceh sungguh. So, Amal terus gi ke PC dan surf internet cari Android apps. Cari kat PC lagi cepat since semuanya complete dengan review dan videos. Cuba masuk http://www.androlib.com.


    Kelebihan utama website ni adalah ia memudahkan kita untuk mencari apps yang kita perlukan. Kira macam catalog la. Lepas dah jumpa apps yang diinginkan, Amal cuba cari apps tu dalam phone. Haish dah jadi satu lagi kerja lak nak mencari lagi sekali. Mata Amal terpandang kat satu sudut dalam website tu di mana ia ada QR Code. Ape benda ni? Macam blackberry nye Scan Code pun ade gak. So Amal buatlah satu lagi research.

    Rupanya ini adalah barcode untuk apps yang Amal nak tu. So basically tak perlu nak susah-susah mencari nama apps dalam phone. Yang penting kena download Barcode Scanner dulu. Lepas dah download apps ni, hanya perlu scan apa-apa QR Code apps yang korang minat dan phone korang akan terus carikan link ke apps tu dalam phone. Simple kan? Seronok gila mendownload lepas dah ada apps ni.

    Untuk info korang, Barcode Scanner ni bukan saja digunakan untuk mencari apps malah korang boleh gunakan untuk scan harga barang. Maksudnya apa-apa Barcode pun boleh scan. Tapi harga dia dalam USD la.. Antara Code yang boleh di-scan oleh Barcode Scanner adalah : Data Matrix, QR Code containing URLs, contact info and etc. 

    So apa lagi, dapatkan Barcode Scanner di Android Market sekarang juga. Yang penting apps ni adalah FREE :)
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain