• Samsung Galaxy S I9000


    Ramai yang request review daripada Amal tentang my new phone, Samsung Galaxy S I9000. Untuk mereka yang masih tak tahu, Amal sudah pun tukar phone baru. Dulu Amal pakai Nokia N900. Saja nak cari kelainan sikit since value N900 makin menurun.



    Samsung Galaxy S (SGS) ni merupakan handphone Android pertama daripada Samsung di mana ia menggunakan Android 2.1 (Eclair). Pengguna boleh menaik taraf OS dia kepada Android 2.2 (Froyo) dengan menggunakan software KIES.

    Ukuran saiz SGS adalah 122.4 x 64.2 x 9.9mm. Lebih besar daripada iPhone 4. Tapi lagi nipis. Yang menariknya phone ini sangatlah ringan. Beratnya 119g sahaja. Rasa macam pegang plastik pun ada. Ini adalah antara sebab utama kenapa Amal beli SGS. Ringan dan nipis :) Dari segi skrin, SGS mempunyai Super AMOLED capacitive touch screen, 16M color. Memang cukup cerah daripada handphone biasa. Rasanya dah setanding iPhone 4 punya skrin. Size skrin dia 480x800 pixels. CPU dia menggunakan ARM Cortex A8 1Ghz Processor, yang lebih power daripada handphone Amal sebelum ni. Storage dia pulak ada dua versi. 8GB dan 16GB. Boleh juga ditambah Mirco SD memory card sehingga mencecah 32GB capacity. RAM 512MB dan ROM 2GB.

    Ok apa yang menariknya SGS ni adalah function dia yang banyak since SGS menggunakan Android. Untuk semua pengguna Android, anda sudah pasti tahu bahawa skrin home boleh diubahsuai mengikut suka hati kita. Dari segi application, terdapat banyak application yang berguna yang boleh di-download di dalam Android Market. Kelemahan utama yang Amal nampak dalam SGS ni satu je, iaitu GPS. GPS SGS ni tak sesensetif Nokia phone. Agak lambat nak track kedudukan kita dengan SGS ni. Kadang-kadang memakan masa sehingga 1 ke 2 minit. Malah application Google Navigation juga tidak boleh digunakan di Malaysia since tak support lagi. For the time being, Amal menggunakan Sygic untuk application SGS. Pada pandangan Amal, Garmin still the best mobile GPS application since dia punya map sentiasa up to date.

    Dari segi gambar, SGS mempunyai kamera 5megapixel. Namun kekurangan flash. So amat susah nak amik gambar pada waktu malam. Features tambahan dalam kamera SGS agak menarik. Kita boleh adjust brighness dia, ISO dan sebagainya. Photo Gallery SGS antara yang Amal paling minat. Persembahan gallery apps dia memang unik. Sangat interaktif dan simple. 

    Untuk mereka yang suka menjadikan phone sebagai modem. SGS mempunyai function untuk menjadikan phone anda sebagai pemancar WIFI. Basically SGS boleh bertindak sebagai sumber WIFI kepada komputer atau pun iPod Touch anda. Tak perlu nak setting susah-susah. Hanya perlu tekat satu button je. Tak perlu nak install apa-apa software baru.

    Amal masih lagi mencuba-cuba phone SGS ni. Banyak lagi benda yang Amal belum sempat nak explore. Hari ni pun Amal tengah nak upgrade daripada Android 2.1 kepada Android 2.2. Hopefully akan nampak sedikit perbezaan la. Amal sarankan untuk mereka yang nak beli SGS, pasti korang tahu sebab apa korang nak beli phone. Nak guna untuk customize apps atau sekadar nak mengikut trend. Kalau trend yang korang cari, better gi beli iPhone 4 :) Kalau nak jadi mamat gadget sejati, belilah SGS hahaha.. Sekadar komen je. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain