• Free SMS on Smart Phone

    Sekarang ni dah banyak smart phone dah berada di pasaran. iPhone 4, Galaxy S, HTC Desire HD, Blackberry Torch dan sebagainya. Blackberry sehingga kini cukup terkenal dengan penghantar message sesama BB (BBM). Oleh sebab itu, banyak juga developer yang cuba membina apps yang sedikit sebanyak dapat menghantar message seperti BBM.


    Kini dah banyak apps yang boleh menghantar message secara percuma melalui IP. Maksudnya kalau ada amik data plan, korang boleh hantar message secara percuma kepada kawan-kawan korang. Antara yang popular buat masa ni adalah Whatsapp, Pingchat dan juga Yahoo Messanger.

    Whatsapp adalah application yang memboleh user menghantar message kepada kawan-kawan secara percuma base on no. phonebook. So kalau kawan-kawan kita ada Whatsapp dalam smart phone dia, apps ni akan automatically detect dan masukkan dia dalam list pengguna Whatsapp kita. Simple dan mudah. Ramai juga yang pakai apps ni. Tak kisah la Android, iOS ataupun Blackberry, semua boleh pakai. Masalahnya satu je dan ramai yang tak tahu pasal benda ni. Whatsapp ni hanya akan free penggunaanya sampai setahun je. After that dah kena start beli apps ni. So bukan free sampai bila-bila la.

    Selain daripada Whatsapp, kita ada juga option yang lain. Contoh Yahoo Messanger for Mobile. Yang ni memang conpem free. Malah kita boleh chat dengan kawan-kawan YM yang sedia ada dalam list YM di PC. So dia tolong retrieve akan saja.. Mudah kan? Yang tak bestnya dia tak leh detect phone kawan-kawan kita yang ada install app ni. So kena la tanya diorang sendiri sama ada, ada YM atau tak.. Leceh sikit la.. But overall for me, ok la :)

    Another option is Pingchat. Amal masih tak sempat nak explore apps ni betul-betul lagi. So far registration dia ada mintak confirmation no. telefon macam kat Whatsapp. Tak tahu sama ada benda ni free ke tak sampai bila-bila. Tapi kawan Amal ada kata benda ni lagi best dari Whatsapp. So kena check it out first. Harapnya ramai la yang pakai Pingchat.. :) Siapa pakai Pingchat, sila angkat tangan macam saya! haha
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain