• Nokia C6-00

    Model Nokia C6-00 ni mungkin dah lama kat pasaran tapi Amal still rasa phone ni tetap best :).. Apa bezanya dengan Nokia N900? Well kalau nak dibandingkan Nokia N900 tu pakai Maemo OS manakala Nokia C6 ni pakai Symbian v3. Ini bermaksud C6 ni boleh pakai Garmin XT GPS.. yup betul.. Ye la N900 nye kelemahan utama adalah GPS dia. Kalau yang tak nak pakai Garmin, korang still boleh pakai default Nokia Ovi Maps dalam phone ni.


    Pada pendapat Amal C6 ni boleh kira sebagai pengganti Nokia 5800 Xpress Music yang dulu. Cuma kal ni dilengkapi dengan QWERTY keypad. Ada gaya macam Nokia N97 mini gak tapi cara keypad slide dua-dua phone ni berbeza sikit. C6 nye keypad lebih macam N900 nye style.. Mendatar. Dari segi kamera lak.. C6 ni ada 5 megapixel camera with single LED flash.. A bit tak best kalau nak tangkap gambar waktu gelap since Amal tetap suka gambar yang diambil menggunakan Xenon Flash macam Nokia N82 dan Nokia N8 hehehe..

    Dari segi functionality, phone ni boleh dikatakan amat best gak. Khas untuk mereka yang teringin nak guna internet phone tapi dengan bajet yang murah. Kenapa Amal cakap cam tu? Sebab harga original untuk phone ni hanyalah RM900 je!! Woo murah gile? Yup berbaloi gak la beli untuk mereka yang tak mampu nak beli iPhone 4 ataupun Nokia N8. Satu lagi Amal suka phone ni sebab keypad LED dia cool gila.. warna oren siot haha.

    p/s: Amal beli Nokia C6 ni untuk my dad. So jangan fikir Amal beli phone baru lagi.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain