• Finally an iPad!!


    Tak sangka selepas dah lama teringin nak pakai iPad, Amal akhirnya berpeluang nak beli iPad sendiri. Alhamdulillah :) Tapi terpaksa la menggadaikan my iPod touch 4G. Well give and take la kan? Nak banyak2 gadget pun nak buat apa? Bukannya boleh bawa semua benda sekaligus pun.


    Amal paling suka iPad ni satu je. Dia boleh buat remote dekstop. Maksudnya boleh buka screen PC atau laptop kita walaupun tak ada depan benda tu. Wooo. Dengan syarat mesti ada Internet connection dan PC tu kena on. Plus PC tu juga mesti tak ada firewall yang boleh block connection dari luar. Banyak pulak la kerenah. Tapi at least leh guna windows dalam iPad. Hahaha

    Other than remote desktop, ada juga apps lain yang best. In simple words iPad ni adalah iPod Touch yang dah dibesarkan je. Walaupun nampak cam biasa je. Cuba korang pakai sekali. Mesti korang akan nak guna lagi. Percayalah hehe..

    P/s: iPad 2 dah kuar.. Jadi harga iPad dah turun kepada minimum RM1,200 je! Ape lagi. Pi la angkut satu hehe
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain