• Blogger Summit 2011




    Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengikuti World Blogger & Social Media Summit 2011 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis ini dihadiri oleh ramai blogger dan juga tokoh-tokoh koporat Malaysia seperti CEO Air Asia X, dan juga CEO TuneTalk. Majlis ini dirasmikan sendiri oleh Datuk Seri Rais Yatim pada 15 Jun 2011.




    Banyak juga isu yang diketengahkan ketika majlis ini yang berlangsung selama dua hari. Ada yang membincangkan tentang topik bagaimana untuk mengira ROI daripada social media. Pada pendapat saya topik ini lebih mendapat perhatian daripada syarikat-syarikat yang cuba menggunakan platform social media untuk mempromosikan produk-produk mereka. Pada hari yang sama juga, pihak penganjur telah memanggil beberapa blogger terkenal seperti Smashpop untuk mengkongsikan pengalaman mereka sebagai blogger. Jangan tak tahu, ada di antara blogger di Malaysia yang disponsor oleh syarikat besar untuk keluar negara untuk mempromosikan produk mereka. Hebatkan?




    Selain daripada topik best yang dibincangkan, saya juga telah dihidangkan dengan hidangan-hidangan yang enak pada waktu rehat. Haha makan lagi. Tapi pujian tetap harus diberikan untuk Vanilla Caremal. Memang enak gila. Terutama apabila mereka campurkan bersama buah-buahan campuran. Seperti biasa setiap kali majlis diadakan di Malaysia ni, hidangan pasti disediakan hampir setiap 3 jam. Tak kisah la hidangan kecil atau besar. Macam mana tak orang Malaysia mengalami masalah obesiti kan? Haha No komen :)
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain