• Nokia N9


    Nokia dijangka bakal mengeluarkan telefon bimbit pertama yang menggunakan MeeGo sebelum penghujung 2011. Device terbaru ini yang diberi nama Nokia N9 boleh didapati dalam tiga warna yang berlainan iaitu biru, merah jambu dan juga hitam. Menarik sekali kerana jarang kita dapat melihat syarikat telefon bimbit yang memberikan pilihan warna yang banyak kepada para pembelinya.

    Mengikut informasi daripada GSMARENA, Nokia N9 bakal menggunakan OS MeeGo iaitu satu kerjasama antara Intel dan juga Linux. N9 juga akan dilengkapi dengan 8 megapixel, kanta Carl Ziess beserta auto fokus. Walaaupun tidak menggunakan dual-core processor, device ini mempunyai 1 GB RAM! Pengguna juga perlu menggunakan micro-SIM sama seperti iPhone4 ketika ini.

    Menurut Amanz.my, Nokia N9 ini bakal dijual pada harga serendah RM2005 untuk versi 16GB dan RM2276 bagi versi 64GB. Sejauh mana kebenaran berita ini, sama-sama kita nanti hujung tahun nanti :)
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain