• Samsung Galaxy S2 - Part 2


    Ok masih lagi berkenaan tentang Samsung Galaxy S2. Peminat-peminat setia Android di Malaysia kini sudah pun mula teruja dengan kemunculan Galaxy S2 secara rasmi pada minggu depan. Kenapa mereka teruja? Sudah tentu apabila device ini diumumkan secara rasmi di Malaysia, harganya akan turun. malah menurut artikel daripada blog SoyaCincau, harga Galaxy S2 kini sudah pun menurun di pasaran. Daripada RM2599, kepada serendah RM2099! Wow RM500 tu turun. Maka tak salah kalau dikatakan harganya mungkin akan turun sehingga RM2000 ke bawah. Menarik kan?

    Seperti yang semua sedia maklum, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang akan melancarkan Galaxy S2 bersama pakej mereka. Untuk yang berminat boleh terus pergi ke website Maxis.


    p/s: Tahniah juga diucapkan kepada Tekong kerana telah menjadi salah seorang yang terpilih untuk mencuba Galaxy S2 daripada Maxis. Waa best gila dapat buat product review awal-awal. Nanti jangan lupa kasi review kat blog ye Tekong haha ^_^
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain