• SwiftKey X Beta


    Penggunaan telefon bimbit dengan Android kian popular di seluruh dunia. Hampir semua telefon kini sudah mempunyai skrin sentuh (touch screen) bagi memudahkan para pengguna mendapatkan maklumat dengan cepat. Namun di sebalik kecanggihan ini, kebanyakkan pengguna berhadapan masalah dengan papan kekunci (keyboard) yang agak sukar digunakan malah kebarangkalian untuk menaip perkataan yang salah adalah tinggi.

    Antara initiatif yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan pengenalan sistem papan kekunci baru seperti Swype dan Auto-Correction. Namun kesemua initiatif ini masih belum berjaya membantu saya mengatasi masalah ini.

    Baru-baru ini, saya terjumpa sebuah aplikasi daripada Android market bernama "SwiftKey X Beta". Sangkaan saya pada mulanya, ia adalah sama seperti aplikasi papan kekunci yang lain yang ada di pasaran masa kini. Namun, tanggapan saya ternyata berubah apabila satu fungsi utama di dalam aplikasi ini berjaya menarik perhatian saya.

    SwiftKey X ini boleh meneka perkataan seterusnya yang ingin ditaip. Malah bukan itu sahaja, ia juga boleh mengumpulkan segala ayat-ayat status yang berada di dalam Facebook, Twitter, Gmail dan SMS kita ke dalam database. Ini bermaksud aplikasi ini mampu meneka perkataan yang akan kita taip berdasarkan ayat-ayat kita sebelum ini. Memang lagi laju la kan?

    Setelah mencuba pada hari pertama, saya berjaya menaikkan tahap kecekapan dalam menaip menggunakan telefon bimbit saya kepada 32% lebih cepat. Daripada sebanyak 1174 huruf yang telah ditaip di dalam telefon, 381 daripadanya telah digenerate daripada SwiftKey X ini.

    SwiftKey X Beta ini boleh dimuat turun daripada Android market secara percuma selama 2 bulan penggunaan. Sekiranya korang berminat untuk meneruskan penggunaan aplikasi ini, anda boleh membelinya dengan harga serendah RM7 seumur hidup. Tapi macam biasa la, mesti guna kad kredit ye.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain