• War of Dual-Core Mobile


    Tahun 2011 kini kita telah disajikan dengan beberapa telefon bimbit baru yang menembusi pasaran Malaysia. Kini tarikan utama pada telefon bimbit bukanlah pada rupa luaran sahaja malah ia turut melibatkan processor yang menjanakan device ini. Perang penggunaan Dual-Core Processor kini sudah pun melanda. Tak seperti satu ketika dahulu kita membandingkan telefon bimbit ini melalui saiz megapixel kameranya.

    Antara telefon bimbit yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi adalah HTC Sensation. Device ini bakal menjadi flagship HTC kerana ia adalah telefon bimbit tercanggih daripada HTC sendiri. Berikut adalah spesifikasi alat ini berdasarkan maklumat daripada GSMARENA:
    Demensi : 126.1 x 65.4 x 11.3 mm
    Berat : 148 g
    Jenis paparan : S-LCD capacitive touchscreen, 16M colors
    Saiz skrin : 540 x 960 pixels, 4.3 inches
    Memori : 1 GB storage, 768 MB RAM
    Processor : 1.2 GHz dual-core processor, Adreno 220 GPU
    Kamera : 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, dual-LED flash
    OS : Android OS, v2.3 (Gingerbread)
    Device seturusnya yang juga bakal dilancarkan tidak lama lagi adalah Motorola Atrix. Syarikat Motorola suatu ketika dahulu sememangnya popular di kalangan para penggemar telefon bimbit. Kini mereka kembali semula dengan telefon bimbit Dual Core pertama mereka. Spesifikasi utama device ini adalah seperti berikut:
    Demensi : 117.8 x 63.5 x 11 mm
    Berat : 135 g
    Jenis paparan : TFT capacitive touchscreen, 16M colors
    Saiz skrin : 540 x 960 pixels, 4.3 inches
    Memori : 16 GB storage, 1 GB RAM
    Processor : Dual-core 1GHz ARM Cortex-A9 proccessor, ULP GeForce GPU
    Kamera : 5 MP, 2592х1944 pixels, autofocus, LED flash
    OS : Android OS, v2.2 (Froyo)
    Sayang sekali Motorola Atrix ini masih menggunakan Android versi lama kerana kebanyakkan syarikat telefon bimbit sudah mula menaik taraf kepada Android 2.3 (Gingerbread). Mungkin di masa akan datang mereka akan membenarkan pengguna untuk menaik taraf OS secara berasingan. Saya tidak akan komen banyak tentang kameranya kerana saiz megapixel tidak semestinya menghasilkan gambar yang terbaik.

    Samsung Galaxy S2 yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 22 June ini sememangnya menarik perhatian ramai penggemar gadget seperti saya. Terutama sekali apabila Samsung mengumumkan harga tawaran untuk 300 pelanggan pertama adalah RM799 (khas untuk pelanggan Maxis). Tak dapat dinafikan Samsung Galaxy S sebelum ini berjaya membuat fenomena sehingga digelar iPhone killer. Jadi mari kita lihat mampukan Galaxy S2 ini mengekalkan title itu. 
    Demensi : 125.3 x 66.1 x 8.5 mm
    Berat : 116 g
    Jenis paparan : Super AMOLED Plus capacitive touchscreen, 16M colors
    Saiz skrin : 480 x 800 pixels, 4.3 inches
    Memori : 16GB/32GB storage, 1 GB RAM
    Processor : Dual-core 1.2GHz ARM Cortex-A9 proccessor, Mali-400MP GPU
    Kamera : 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
    OS : Android OS, v2.3 (Gingerbread)
    Apa yang membuatkan Galaxy S2 ini lebih menarik berbanding telefon bimbit yang lain adalah device sangat-sangat nipis. Ketebalannya hanyalah 8.5mm berbanding Motorola Atrix dan HTC Sensation , 11mm. Malah device ini juga sangat ringan, iaitu seberat 116 g sahaja. Lebih ringan dan lebih nipis daripada Galaxy S sebelum ini. Agak kagum bagaimana Samsung berjaya membuat device ini menjadi begitu nipis malah masih mempunyai processor Dual Core. Namun saiz skrin Galaxy S2 agak rendah sedikit daripada kedua-dua device sebelum ini.

    Jadi untuk mereka yang ingin membeli telefon bimbit Dual Core, ini adalah sebahagian daripada device yang disajikan kepada anda semua. Ada juga syarikat lain yang turut menghasilkan telefon bimbit Dual Core seperti LG, namun mata saya lebih tertumpu kepada tiga device ini. Tepuk dada tanya selera (jangan lupa tanya poket dulu hehe).
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain