• Galaxy S2 - DiGi


    Setelah beberapa bulan Maxis melancarkan Samsung Galaxy S2 di Malaysia, kini giliran DiGi pula untuk mengikuti jejak langkah mereka untuk menawarkan telefon bimbit ini kepada para pelanggannya. Yang menariknya, telefon bimbit ini dijual pada harga yang lebih rendah berbanding Maxis iaitu pada RM 1,349 (Maxis menawarkan harga RM 1,399).

    Untuk memiliki Samsung Galaxy S2 melalui DiGi, setiap pengguna perlu menyertai plan pintar (Smart Plan) yang terbahagi kepada dua jenis kontrak, 12 bulan dan 24 bulan. Smart Plan menawarkan harga bulanan serendah RM63 sebulan (selepas ditolak rebate auto-billing) untuk penggunaan data Internet. Pengguna juga boleh membeli telefon bimbit ini dengan menggunakan EPP (Easy Payment Plan) dan membuat pembayaran setiap bulan.

    Untuk maklumat lanjut tentang pakej daripada DiGi, anda boleh layari laman web ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain