• HTC ChaCha RM799


    Maxis baru-baru ini telah pun menambah koleksi telefon bimbit yang ditawarkan mereka dengan memperkenalkan HTC ChaCha. Telefon bimbit ini amat unik kerana amat jarang sekali kita melihat syarikat pengeluar HTC menggunakan papan kekunci QWERTY. Sebelum ini, HTC amat terkenal dengan penggunaan skrin sentuh seperti HTC Sensation dan sebagainya.

    Telefon bimbit yang seberat 124 gram ini mempunyai sebuah ciri khas iaitu butang Facebook yang membolehkan penggunannya mengkongsi muzik, gambar dan juga status terkini dengan hanya satu sentuhan. Jadi untuk mereka yang memang hantu Facebook, telefon bimbit ini sememangnya sangat sesuai untuk anda. Malah ia juga menggunakan sistem operasi Android.

    HTC ChaCha juga dilengkapi dengan kamera 5 megapixel beserta LED flash dan sistem GPS dalaman bagi melengkap cirinya sebagai sebuah telefon bimbit pintar. 

    Antara kelemahan utama telefon ini adalah saiz skrinnya yang agak kecil. Agak sukar juga untuk melihat keseluruhan laman web melalui HTC terbaru ini. Namun, bagi pengguna yang sudah biasa dengan Blackberry dan Nokia, ia mungkin bukan satu masalah yang besar.

    Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan oleh Maxis, sila layari di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain