• Nokia BH-505

    Dah lama juga la Amal tak update blog ni. Maklumlah dah jadi busy person sekarang ni. Haha.. Merepek sungguh. Anyway kali ni Amal nak update pasal the latest gadget yang Amal pakai sekarang, iaitu Nokia Bluetooth Stereo Headset BH-505. Sekali tengok rupa bentuk dia macam Sony Walkman W250 kan?

    Perbezaan ketara antara dua produk ni adalah W250 merupakan one set Walkman dan Headset yang membolehkan korang membuat aktiviti sukan/lasak sambil mendengar mp3. Manakala BH-505 ni pula hanyalah sebuah headset yang menggunakan teknologi Bluetooth (Gigi Biru?) untuk menerima signal daripada peranti-peranti yang lain seperti handphone. Dengan kata mudahnya, korang perlu bawa handphone ke mana-mana kalau nak guna BH-505.

    Memang nampak agak leceh berbanding W250, tetapi BH-505 ni bukan sahaja membolehkan korang dengan mp3 je, malah korang juga boleh menjawab panggilan. So tak perlu lagi susah-susah nak keluarkan handphone daripada poket, cuma perlu tekan salah satu daripada butang di headset ni, dan korang dah boleh terima panggilan yang datang. Haa nanti mula la orang tengok korang macam orang gila sebab cakap sorang-sorang hahaha.. Tapi secara peribadi Amal sangat suka device ni sebab senang nak buat dua kerja dalam satu masa. Boleh cakap di telefon sambil membalas email di komputer dengan kedua-dua belah tangan :). 

    BH-505 ni juga mempunyai sistem kawalan volume, play, pause, previous dan forward mp3 untuk memudahkan penggunanya. Sangat mudah terutamanya ketika sesak di dalam LRT ataupun sedang berjogging. Terasa bebas pun ada hahaha. 

    Untuk maklumat lanjut berkenaan device ini, korang boleh la layari website ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain