• fMobi for N9


    Untuk mereka yang ingin mencari kelainan dalam penggunaan Facebook di dalam Nokia N9, kini anda juga mempunyai alternatif yang lain iaitu dengan menggunakan aplikasi fMobi (singkatan kepada Facebook Mobile). fMobi sebenarnya merupakan projek khas bagi membolehkan para pengguna Nokia (Symbian/Maemo/MeeGo)   mengekses Facebook dengan lebih mudah.


    Jika diperhatikan dengan teliti, fMobi untuk Nokia N9 ini lebih ringkas daripada aplikasi Facebook yang sedia ada di dalam telefon bimbit ini. Malah fungsi tambahan seperti Check In dan Search juga turut disediakan. Walaupun fMobi ini masih diperingkat Beta dan hanya boleh dimuat turun melalui mode Developer, aplikasi ini menunjukkan potensi yang sangat memberangsangkan. Kelajuan memuat turun data daripada Facebook adalah lebih pantas dan juga antara muka yang lebih mudah untuk digunakan. Setiap ikon di dalam muka depan fMobi juga diadaptasi daripada ikon N9 sendiri.

    fMobi memaparkan kandungan galeri gambar Facebook anda seperti galeri di dalam telefon bimbit anda walaupun agak lambat bergantung kepada kelajuan Internet anda. Dari segi kestabilan aplikasi, fMobi boleh dikatakan lebih stabil daripada aplikasi asal Facebook untuk Nokia N9. Malang sekali ia tidak didatangkan dengan fungsi notifikasi di bahagian hadapan. Jika tidak aplikasi ini sudah tentu menjadi pilihan buat semua pengguna Nokia N9.

    Untuk memuat turun aplikasi fMobi, anda terlebih dahulu perlu menukar konfigurasi Nokia N9 anda dengan pergi ke Setting>Applications>Installations dan pilih "Allow installation from non-store sources".

    fMobi Beta boleh dimuat turun di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain