• Foursquare for MeeGo


    MeeGo merupakan sistem operasi (OS) utama untuk telefon Nokia N9 yang menggunakan Linux sebagai sokongan. Oleh kerana itu, pihak Foursquare telah mengeluarkan versi khas aplikasi untuk MeeGo. Yang menariknya aplikasi Foursquare kali ini amat berbeza daripada aplikasinya di dalam peranti Android mahupun iOS. Terdapat lebih banyak kesan-kesan khas dan perubahan ketara direka khas buat pengguna-pengguna Nokia N9.



    Foursquare for MeeGo lebih menekankan aspek mudah dan ringkas bagi menyenangkan para pengguna untuk menandakan lokasi mereka. Setiap elemen di dalam aplikasi ini telah disusun dengan rapi serta dicantikkan lagi dengan kesan khas yang tidak keterlaluan. Malah, saya boleh katakan saya lebih menyukai versi ini berbanding versi yang terdapat di dalam Android. Ia lebih cepat dan seronok untuk digunakan. Dengan fungsi A-GPS, anda boleh menandakan lokasi dengan begitu pantas dan jitu. Ini bagi memberikan suatu pengalaman baru kepada para pengguna.

    Antara kelemahan-kelamahan yang berjaya dikesan adalah aplikasi ini tidak membenarkan anda untuk menangkap gambar secara terus di dalamnya. Untuk memuat naik gambar di sesuatu kawasan, anda perlulah memilih gambar di dalam Galeri Nokia N9 itu sendiri. Ini bermakna anda perlu menangkap gambar terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini. Satu lagi masalah utama di dalam aplikasi ini adalah anda tidak boleh menambah rakan Foursquare secara terus. Ini bermakna anda perlu menggunakan alternatif yang lain  seperti komputer peribadi atau tablet. Diharapkan pihak Foursquare akan menaik taraf fungsi ini di masa depan kerana ini akan memudahkan lagi para pengguna Nokia N9.

    Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan aplikasi Foursquare yang dicipta khas untuk Nokia N9. Lain dari yang lain serta mudah dan ringkas.

    Markah : 7/10
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain