• Nokia N9 - My Own Review

    Setelah diminta oleh Cik Syia kita, akhirnya Amal buat juga satu slot review untuk Nokia N9 ni. Mungkin sebelum ni tak begitu detail sangat. Seperti yang semua tahu, Nokia N9 ini merupakan salah satu telefon bimbit terbaru daripada Nokia. Apa yang uniknya adalah ia merupakan satu-satunya telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi MeeGo (mungkin juga yang terakhir).


    Jadi apa yang seronok nya dengan Nokia N9 ini? Jika diperhatikan pada ciri-ciri pada Nokia N9 di bawah, telefon bimbit ini memiliki skrin bersaiz 3.9 inci dilengkapi dengan Super AMOLED dan kaca Gorilla. Yang menariknya N9 tidak memiliki sebarang butang di bahagian hadapan. Ia menggunakan teknologi skrin sentuh dengan sepenuhnya yang diberi nama teknologi "Swipe". Skrin N9 adalah melengkung dan timbul, sangat berlainan daripada skrin telefon bimbit pintar yang sedia ada di pasaran sekarang.


    Cip pemprosesannya menggunakan ARM Cortex-A8 1GHZ serta 1GB RAM. Ia mempunyai saiz storan sebesar 16GB dan 64GB. Walaupun berat telefon bimbit ini masih tidak mampu menandingi keringanan Samsung Galaxy S dan S2, N9 masih boleh dikategorikan di dalam telefon bimbit ringan di mana ia hanya seberat 135g sahaja. Dengan kamera 8 megapixel dan lensa Carl-Zeiss, N9 mampu menangkap video dalam format 720HD. Sistem bunyinya pula diikiraf oleh Dolby Digital Plus.

    Nokia N9 boleh didapati dalam 3 jenis warna yang berlainan iatu, hitam, cyan dan magenta. Baru-baru ini juga Nokia telah memperkenalkan N9 versi putih yang dijangka bakal berada di pasaran sebelum akhir tahun 2011. Dengan adanya 4 warna pilihan yang berlainan, N9 pasti menarik perhatian ramai peminat telefon bimbit pintar. Setiap pembelian N9 akan disertakan sekali dengan sebuah "rubber cover" sebagai pelindung utama telefon bimbit ini. Malah pelindung ini langsung tidak mencacatkan kecantikan N9. Rupa luaran N9 sememangnya sangat cantik, Tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bahawa N9 merupakan telefon bimbit tercantik yang ada pada masa sekarang.

    Kelemahan utama yang ada pada N9 terletak pada bilangan aplikasi (apps) yang boleh dimuat turun. Buat masa ini, ia tidak mempunyai banyak aplikasi seperti iOS dan Android. Aplikasi-aplikasi yang popular seperti Viber, Whatsapp, Tweetdeck dan sebagainya masih belum disediakan kerana MeeGo masih lagi baru di kalangan pencipta aplikasi. Walau bagaimanapun, N9 masih mempunyai aplikasi-aplikasi yang biasa seperti Facebook, Twitter, Foursquare dan Maps. Yang membuatkan N9 unik daripada telefon bimbit biasa adalah anda boleh mengintegrasikan buku alamat (contacts) yang sedia ada dengan akaun Facebook, Skype, Google Talk anda. Ini bermakna anda tidak lagi perlu memuat turun aplikasi yang berlainan untuk menggunakan sistem pesanan terus (Instant Messaging).

    Nokia Maps juga sangat berguna di dalam telefo bimbit ini. Ketepatan membuat perhitungan jarak terdekat ke sesuatu destinasi amat diperlukan dalam setiap aplikasi GPS. Nokia N9 mampu membuat hubungan dengan satelit GPS dalam masa kurang daripada 3 saat. Malah ia juga boleh digunakan sekiranya tiada hubungan Internet. Nokia Maps boleh beroperasi dengan hanya menggunakan sistem A-GPS.

    Dari segi bateri, N9 mampu bertahan selama lebih 12 jam dengan penggunaan secara sepenuhnya (melayari Internet, Twitter, Facebook, Foursquare dan GPS). Anda boleh menukar kepada mode Edge untuk memberikan penjimatan yang lebih kepada bateri N9.

    Kelebihan:
    • Skrin yang sangat cantik dan jelas
    • Pengalaman "Swipe" yang sangat baru dan lain dari yang lain. Kadang-kadang Amal pernah ter"Swipe" kat iPad dan Galaxy S haha.
    • Integrasi Facebook chat yang sangat berguna
    • Ciri bookmark yang sangat simple
    • Sistem NFC (Near Field Communication)
    • Nokia Maps yang amat membantu
    • Banyak akaun social media yang boleh diintergrasikan bersama N9.
    Kekurangan
    • Tiada Whatsapp dan Viber
    • Tidak boleh membuka fail Flash
    • Tiada notifikasi untuk Facebook dan Twitter
    • Tidak boleh memuat naik gambar ke dalam Twitter secara terus
    • Kekurangan aplikasi
    • Tiada SD Card slot
    • Tidak boleh membuat panggilan 3G buat masa ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain