• Nokia N9 - Post Kedua


    Nokia merupakan salah satu nama gergasi dalam dunia telefon bimbit. Malah tidak salah jika dikatakan Nokia mempunyai paling ramai pengguna di seluruh dunia berbanding jenama-jenama telefon bimbit yang lain. Walau ada yang menggunakan Samsung, iPhone atau Blackberry, pasti akan memilih Nokia sebagai telefon bimbit yang kedua. Begitu besarnya impak Nokia kepada kita semua.


    Baru-baru ini Nokia sudah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Nokia N9. Telefon bimbit ini sangat unik kerana ia dikatakan telefon bimbit pertama yang tidak mempunyai sebarang papan kekunci di bahagian depan. Hanya satu skrin sentuh sebagai antara muka kepada para pengguna. Malah OS yang digunakan juga amat berlainan daripada yang sedia ada seperti Android dan iOS. Nokia N9 menggunakan teknologi MeeGo, satu peningkatan daripada Maemo yang menggunakan Linux sebagai sokongan utamanya di belakang. Jika dibandingkan dengan Android, MeeGo memang menggunakan sistem Linux sepenuhnya (seperti PC) manakalah Android hanya menggunakan kawalan mesin maya (virtual machine).

    Walau bagaimanapun, MeeGo masih merupakan OS yang baru di kalangan pengguna telefon bimbit. Malah bilangan aplikasi yang terdapat di dalamnya juga tidak sebanyak Android Market mahupun Apple Store. Bagi mereka yang sudah biasa dengan penghantaran SMS dan MMS secara talian seperti Whatsapp dan Viber, pasti akan sedih kerana ia tidak boleh di muat turun ke dalam Nokia N9 (MeeGo) buat masa ini. Namun, anda masih boleh menggunakan Skype, Twitter dan juga Facebook sebagai ganti. Berita baik, ada pihak sedang berusaha untuk membawa Android Market ke dalam MeeGo OS buat masa ini. Siapa tahun dalam masa terdekat ini kita boleh memuat turun semua aplikasi Android ke dalam MeeGo? Ini semestinya satu berita yang amat menarik buat semua penggemar Nokia.

    Nokia N9 didatangkan dalam dua versi iaitu 16GB dan juga 64GB. Malah ia mempunyai tiga warna yang berbeza untuk dipilih (hitam, biru dan merah). Ia dilengkapi juga dengan kamera 8 megapixel dengan lensa auto-fokus Carl Ziess dan dua LED flash. Menariknya ia juga mempunyai sistem NFC (Near Field Communication). 

    Bagi mereka yang pernah menggunakan produk Nokia, mereka sudah pasti amat berpuas hati dengan fungsi Nokia Maps. Ini kerana Nokia Maps merupakan satu-satunya sistem GPS percuma yang tidak menggunakan apa-apa pelan data Internet. Sama seperi peranti GPS yang lain, ia hanya menggunakan teknologi A-GPS untuk menunjukkan arah perjalanan kepada para pengguna. Malah Nokia Maps juga sentiasa dikemaskini dengan peta 2D dan 3D Malaysia.

    Buat masa ini hanya DiGi dan Celcom sahaja yang menawarkan pelan kepada para pengguna dengan harga serendah RM1,199 dan RM968. Anda juga boleh membeli Nokia N9 (tanpa pelan data) di mana-mana kedai Nokia dengan harga RM1,799 untuk 16GB dan RM2,088 untuk 64GB.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain