• Akaun Social Media Tambahan - Nokia N9


    Bagi pengguna Nokia N9, integrasi antara semua akaun social media di dalam contacts mereka sememangnya sudah menjadi perkara biasa. Namun, buat masa ini hanya beberapa akaun sahaja yang boleh diintegrasikan seperti Facebook, Twitter, Picasa, Youtube, Flickr dan Google Talk. Buat pengguna Yahoo Messenger dan MSN, perkara ini sememanya suatu yang amat menyedihkan.

    Kini, anda tidak perlu risau kerana terdapat cara untuk mengintegrasikan akaun-akaun social media yang lain. Tetapi perlu diingatkan bahawa cara ini memerlukan anda untuk menukar mode Nokia N9 anda kepada mode Developer bagi membolehkan anda mengakses bahagian Terminal MeeGo (sama seperti Linux).

    Bagi mereka yang masih belum menukar mode Nokia N9 anda kepada Developer mode, sila pergi ke Settings > Security > Developer mode dan enable kan mode ini.

    Sebagai permulaan, sila muat turun ke semua fail-fail ini ke dalam Nokia N9 anda:

    #1: http://n9.indigoblack.de/deb/libpurple0_2.10.0_armel.deb

    #2: http://n9.indigoblack.de/deb/telepathy-haze_0.5.0-1_armel.deb

    #3: http://n9.indigoblack.de/deb/im-providers-additional-0.4.deb

    Setelah selesai memuat turun, buka app Terminal anda dan dapatkan akses root dengan menaip devel-su. Sekiranya anda tidak pernah mengubah kata laluannya, masukkan password : rootme.

    Kemudian, taip:
    1. cd /home/user/MyDocs/Downloads 
    2. dpkg -i libpurple0_*.deb
    3. dpkg -i telepathy-haze_*.deb
    4. dpkg -i im-providers-additional-0.2.deb
    Pastikan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang mesej error. Sesudah itu, restart Nokia N9 anda.

    Pergi apps Accounts dan tambah satu akaun baru. Kini, anda sepatutnya boleh melihat beberapa akaun tambahan yang boleh diintegrasikan ke dalam contact Nokia N9 seperti MSN, ICQ, Jabber, AOL dan Yahoo!
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain