• N9 Dropbox Client

    Dropbox memang sudah menjadi kebiasaan di kalangan pengguna smart phone dan tablet di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua smartphone kini boleh menggunakan Dropbox sebagai storan awan (cloud storage). Baru-baru MeeGo juga turut menerima sokongan untuk aplikasi ini.

    Dropian merupakan sebuah aplikasi tidak rasmi untuk Dropbox di dalam Nokia N9. Ia telah direka oleh third party developer untuk memudahkan pengguna N9 untuk menyimpan fail mereka di Internet. Secara keseluruhan aplikasi ini agak lengkap dan beroperasi dengan sepenuhnya. Namun, ia belum lagi dintegrasikan bersama file sharing di dalam MeeGo. Ini bermaksud anda mesti memuat naik file anda melalui Dropian. Mungkin fungsi ini boleh diperbaiki di masa hadapan.

    Satu lagi aplikasi Dropbox yang boleh dimuat turun ke dalam Nokia N9 adalah, FileSink. Lebih kurang sama seperti Dropian, aplikasi ini juga membolehkan kita untuk memuat turun dan memuat naik fail ke dalam akaun Dropbox anda. Perbezaan utamanaya adalah User Interface (UI). UI FileSink dilihat lebih kemas dan teratur dan senang digunakan berbanding Dropian. Kesemua fungsi diletak dengan penuh teratur. Secara peribadi, saya akan menggalakkan korang untuk memuat turun FileSink berbanding Dropian.

    Untuk mereka yang berminat, boleh layari Nokia Store di dalam Nokia N9 anda dan muat turun aplikasi-aplikasi ini secara percuma :)

    File Sink - http://bit.ly/uVMvP6

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain