• Order & Chaos Online


    Mungkin ramai yang suka bermain permainan MMORPG online. Permainan seperti Ragnarok, World of Warcraft dan Maple Story memang mempunyai ramai peminat dan pemain di Malaysia. Namun, permainan online ini masih tidak dapat dimainkan pada peranti mudah alih yang menggunakan Android dan iOS.


    Berita baik buat kaki-kaki game yang mempunyai peranti mudah, anda kini boleh bermain game online khas untuk peranti anda. Order & Chaos Online keluaran Gamesoft merupakan sebuah online game RPG berbentuk 3D yang menyerupai World of Warcraft. Ia boleh dimainkan pada semua peranti Android dan juga iOS.

    Terdapat 4 kaum utama di dalam game ini iaitu Human, Elf, Orc dan Undead. Kelas pekerjaan juga terbahagi kepada 4 iaitu Warrior, Hunter, Monk dan Wizard. Bagi mereka yang ingin mencuba permainan ini, anda boleh memuat turun melalui Apple Store dan Android Market dengan harga 6.99 USD. Untuk 3 bulan pertama, anda boleh bermain dengan percuma. Selepas itu, anda perlu membayar 0.99 USD setiap bulan untuk terus bermain.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain