• Peak Gold - N9


    Semakin banyak aplikasi permainan yang boleh dimuat turun ke dalam Nokia N9 dari hari ke hari. Bukan saja Angry Bird Magic, malah Need For Speed pun ada di dalam peranti MeeGo ini. Kualiti dan kuantiti permainan di dalam MeeGo juga semakin meningkat.


    Terbaru, sebuah komuniti developer daripada Vietnam bernama Colorbox, telah pun memperkenalkan sebuah game yang menarik iaitu, Peak Gold. Permainan ini sangat menarik dan juga mudah. Hampir menyerupai konsep Angry Bird, tetapi kali ini anda perlu menangkap seberapa banyak emas di dalam lombong. Namun anda perlu memberi perhatian kerana ia tidaklah mudah seperti yang disangka. Ada pelbagai halangan yang perlu dihadapi seperti kelawar, dan batu sebelum berjaya melengkapkan misi anda.

    Permainan ini amat sesuai bagi mereka yang ingin meluangkan masa kosong yang pendek seperti di dalam LRT, bas ataupun menunggu waktu meeting. Paling menarik, aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Nokia Store. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memuat turun permainan ini kerana Amal yakin korang takkan berhenti bermain hehe
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain