• Perlu ke iPhone 4S?


    Malam tadi, secara rasminya demam iPhone 4S kini melanda Malaysia apabila hampir semua syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia iaitu DiGi, Maxis dan Celcom telah memulakan penjualan pakej iPhone 4S kepada semua. Pastinya ramai yang telah dan akan beratur di kedai-kedai telekomunikasi berhampiran untuk mendapatkan gadget terkini daripada Apple ini.


    Persoalannya, perlukah anda membeli iPhone 4S yang dilengkapi dengan Dual-core A5 chip berserta 8MP kamera ini? Pada pendapat Amal, bagi mereka yang masih menggunakan iPhone versi 3GS mahupun 3G, ini merupakan satu naik taraf yang digalakkan kerana sudah tiba masanya untuk anda bertukar ke teknologi yang terbaru. Untuk pengguna iPhone 4 yang sedia ada, anda mungkin perlu fikir dua kali sebelum membli telefon bimbit ini kerana reka bentuknya masih sama malah perbezaannya tidaklah begitu ketara. Yang membezakan antara iPhone 4 dan 4S adalah kamera, cip prosessor dan SIRI. Cuma kalau anda mempunyai banyak duit dan mahukan perhatian daripada orang lain, mungkin anda akan membelinya. 

    Yang pastinya, Amal rasa lagi baik menyimpan duit anda terdahulu kerana iPhone 5 yang dinanti-nantikan berkemungkinan akan dilancarkan pada Q1 tahun 2012. Dah dekat dah. Jadi bawakan banyak bersabar ye :)
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain