• Sophie Cam


    Mungkin bagi pengguna iPhone, aplikasi Instagram sememangnya sudah sinonim. Namun tidak bagi pengguna Nokia N9. Masih tiada lagi petanda developer Instagram akan membawa masuk aplikasi ini ke MeeGo. Walau bagaimanapun, jangan bersedih, anda masih lagi dapat membuat efek pada gambar-gambar anda dengan menggunakan aplikasi Sophie Cam.



    Sophie Cam merupakan aplikasi yang hampir menyerupai Instagram. Anda boleh membuat pelbagai efek pada gambar yang diambil serta memuat naik kepada akaun Social Media anda seperti Facebook, Twitter, dan banyak lagi. Namun anda hanya boleh memuat naik kepada satu akaun sahaja pada setiap masa. Selain itu, anda juga boleh menyimpan gambar yang diedit ke dalam gallery Nokia N9 anda. Pujian patut diberikan kepada developer aplikasi ini kerana berjaya menghasilkan aplikasi yang solid dan berguna. Sophie Cam boleh dibeli melalui Nokia Store dengan harga RM2.00 sahaja. Jom beri sokongan kepada developer dengan membeli aplikasi secara sah dan bukannya mencetak rompak secara percuma.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain