• Beli Tiket GSC Pakai iPhone, iPad

    Mungkin ada yang masih tak tahu lagi yang korang boleh membeli tiket wayang GSC melalui iPhone atau iPad korang. Sebelum ni memang ramai yang mengadu tak boleh beli tiket GSC online melalui website rasmi sebab iPhone dan iPad tidak boleh membuka flash file. Jadi sebagai alternatif, pihak GSC telah pun membuat aplikasi khas ini. Aplikasi ini membolehkan korang membeli tiket secara mudah tanpa perlu beratur panjang-panjang. Memang menjimatkan masa dan juga mudah kerana boleh dilakukan di mana sahaja. Malah sistem pembayaran melalui Maybank2u juga diintegrasikan bersama aplikasi ini bagi memudahkan proses pembayaran. Korang selalu terlupa kod nombor tiket korang? Tak perlu risau lagi kerana korang boleh cek kembali di ruangan History aplikasi ini. Kesimpulannya beli guna aplikasi ni lagi cepat daripada beratur panjang kat depan kaunter. Masa itu emas!
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain