• Galaxy Note Best Ke Tak?


    Sudah lama rasanya tak tulis pasal gadget-gadget terbaru dalam blog ni. Maklumlah sekarang dah guna Nokia N9, jadi malas la nak layan sangat gadget yang lain. Haha. Anyway, kali ni nak buat sedikit komen pasal produk terbaru daripada Samsung iaitu Galaxy Note yang telah mula mendapat perhatian penggemar-penggemar gadget di seluruh negara. Al-maklumlah Samsung sudah menjadi pesaing utama Apple sekarang.
     
    Samsung Galaxy Note ini mempunyai cip pemprosesan dua teras (Dual Core Processor) 1.4GHz, lebih pantas daripada saudara terdekatnya iaitu Galaxy S2. Saiz skrinnya pula sangat besar berbanding telefon bimbit yang biasa iaitu dengan 5.3" WXGA (1280 x 800) skrin HD Super AMOLED. 5.3 inci tu, memang dah dekat besar dengan Samsung Tablet dah ni. Dengan kamera 8MP dan 2MP untuk bahagian depan dan belakang, Galaxy Note mampu menangkap gambar dalam pelbagai mode termasuk Action Shot, Beauty, Panorama Shot, dan Smile Shot. Gadget ini juga agak nipis dengan ketebalan 9.65mm dan beratnya 178 gram sahaja. Yang menarik sekali, baterinya dikatakan boleh bertahan dengan lebih lama dengan adanya bateri Li-on 2,500 mAh. Apa yang menjadi Galaxy Note ini unik berbanding telefon bimbit atau tablet di pasaran adalah ia mempunyai Pen Pintar (Smart Pen) bagi membolehkan korang melukis, menulis dan sebagainya di atas skrin gadget ini. Ia bagaikan korang menggunakan buku nota biasa. Bagi yang suka menconteng, gadget ini mungkin sangat sesuai dengan korang.

    Samsung Galaxy Note menggunakan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread). Agak sayang sekali kerana ia masih tidak menggunakan Ice Cream Sandwich (ICS) iaitu update terbaru Android seperti yang digunakan di dalam Samsung Galaxy Nexus. Mungkin di masa akan datang bakal ada update firmware untuk gadget ini. Kalau korang suka tengok movie dan drama dalam peranti mudah alih, Galaxy Note menyediakan 16GB built in memory dan kalau tak cukup, korang boleh tambah microSD (sehingga sebesar 32GB).


    Jadi persoalannya di sini, adakah Galaxy Note ini gadget terbaik? Mungkin ya dan mungkin tidak. Faktor saiz mungkin menjadi kelebihan dan kelemahan kepada gadget ini. Korang mungkin akan lebih mudah melukis dan membaca berita di atas skrin yang besar namun ia tidak muat untuk dimasukkan ke dalam poket seluar lelaki. Kalau perempuan mungkin boleh gunakan tas tangan, jadi tak ada masalah sangat. Tak banyak juga perubahan yang dilihat dalam gadget ni mungkin kerana kita sudah biasa dengan peranti Android. Saranan saya, kalau korang suka conteng menconteng menggunakan pen, maka gadget ini adalah yang terbaik untuk korang. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain