• Nokia Lumia 800 Bakal Dijual Di Malaysia


    Nokia sudah semestinya salah satu nama besar dalam dunia telekomunikasi dunia. Boleh katakan ramai yang pernah guna telefon bimbit Nokia terutama 3310. Mana taknya, telefon bimbit 3310 sangat popular kerana masih elok walaupun sudah terjatuh berulang kali. Cubalah jatuhkan iPhone korang, jom tengok sama ada mampu bertahan ke tak huhu. Walau bagaimanapun, nama Nokia semakin lama semakin terhiris apabila kemunculan iPhone dan Android menarik perhatian dunia. Nokia dilihat semakin ketinggalan sehingga mereka bersetuju berkejasama Microsoft untuk mempromosikan Windows Phone OS.

    Nokia Lumia 800 merupakan satu kemunculan baru daripada Nokia kerana ia adalah peranti pertamanya yang menggunakan OS Windows Phone. Jika dilihat dengan teliti, rupa bentuk Lumia 800 ni memang sebijik dengan Nokia N9 yang menggunakan OS MeeGo. Perbezaan utama antara kedua-dua telefon bimbit ini adalah terdapat 3 butang utama di skrin depan Lumia 800 manakala MeeGo tidak mempunyai sebarang butang di skrin hadapan. Satu lagi perbezaan adalah kedudukan Flash kamera. Jadi adakah spesifikasi kedua-dua peranti ini sama? Lumia 800 menggunakan 512 SDRAM dan 1.4GHz single core processor.

    Mungkin spesifikasinya tidak setinggi Galaxy S2, namun kelajuan Lumia 800 tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia menggunakan OS Windows Phone 7.5 Mango. Bagus ke Windows Phone ni? Terbaru, CEO Apple, Tim Cook sendiri mendakwa yang Windows Phone merupakan salah satu pencabar utama dalam dunia Mobile OS selain Android dan iOS. Perkembangan aplikasi di dalam OS Mango ini amat drastik atas usaha kerjasama antara Nokia dan Microsoft. Jangan takut, tidak seperti MeeGo, Whatsapp boleh digunakan di dalam telefon bimbit pintar ini.

    Dilengkapi dengan kamera 8 megapixel dengan lensa Carl Zeiss, gambar yang diambil daripada peranti ini pastinya akan memukau hati semua orang. Namun, perlu diingatkan Lumia 800 tidak mempunyai sebarang kamera di bahagian depan dan ini pasti bakal mengecewakan ramai pihak. Agak pelik juga la kenapa Nokia tak letakkan kamera di depan? Mungkinkah ini satu strategi daripada mereka.

    Apa-apa hal pun, Nokia Lumia 800 bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Korang boleh cuba sendiri telefon bimbit ini di Nokia Store berdekatan. Dijangkakan ia akan mula dijual mulai pertengahan bulan Februari ini. Boleh didapati dalam tiga warna yang berlainan iaitu Cyan, Magenta dan Black.

    Berita Terkini : Nokia Lumia ini dijangka bakal berada di pasaran Malaysia pada 10 Februari ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain