• Nokia Lumia 900


    Mungkin ramai dah sememangnya tahu tentang kerjasama antara Nokia dan Microsoft bagi mempromosikan Windows Phone kepada semua pengguna. Antara telefon yang terhasil melalui kerjasama ini adalah Nokia Lumia 710 dan Lumia 800. Walaupun kedua-dua telefon ini masih belum dilancarkan secara rasminya di Malaysia, permintaan daripada pengguna sememangnya amat memberangsangkan. Mana tidaknya, design terbaru daripada Nokia kali ini amat menarik sekali dan ia boleh dikatakan evolusi Nokia daripada OS Symbian terdahulu.

    Terbaru, Nokia telah mengumumkan peranti terbaru daripada mereka iaitu Nokia Lumia 900. Telefon ini telah diperkenalkan secara rasminya di CES 2011, Los Angelas pada pagi tadi. Jika dilihat daripada rupa luaran, ia mirip kepada Nokia N9 dan juga Nokia Lumia 800. Cuma, saiznya lebih besar sedikit. Mungkin bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna di luar. 

    Nokia Lumia 900 mempunyai memori sebanyak 512 SDRAM, skrin bersaiz 4.3-inci Clearblack AMOLED, ruangan storan build in sebanyak 16GB dan menggunakan processor 1.4GHz (bukan dual-core). Menariknya, telefon ini juga dilengkapi dengan kamera hadapan 1-Megapixel untuk panggilan video 3G. Fungsi kamera ini sememangnya dinantikan semua kerana ia tidak dilengkapi di dalam Nokia Lumia 800. Dengan bateri 1480mAh, Nokia Lumia 900 dikatakan boleh bertahan sehingga 300 jam sekiranya tidak digunakan dan mampu bertahan sehingga 7 jam untuk waktu bercakap. Sayang, kalau RAMnya dinaikkan kepada 1Gb, Amal mungkin berminat untuk memilikinya.

    Entah bilakah telefon ini akan dibawakan ke Malaysia since Nokia Lumia yang lain pun masih belum jejakkan kaki di Malaysia dengan rasminya. Mungkin pada masa ini, kita hanya boleh beli daripada kedai-kedai telefon biasa je la dulu. Untuk maklumat lebih lanjut klik link di bawah:

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain