• Pelan FB Unlimited Maxis



    Pelan FB Unlimited daripada Maxis mungkin akan jadi pilihan untuk mereka yang kaki Facebook tetapi masih menggunakan pelan pra bayar. Dengan hanya bayaran sebanyak RM1 sehari, korang boleh membuka Facebook Mobile (m.facebook.com) atau Facebook dalam java format secara percuma tanpa sebarang caj tambahan. Malah korang juga akan diberikan penggunaan Internet sebanyak 5MB. Mungkin nampak macam sedikit, tapi bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit pintar untuk mesej sesama rakan melalui Whatsapp, ini mungkin pakej yang sesuai. 

    Pakej FB Unlimited ini hanya valid sehingga akhir bulan Februari 2011. Bagi mereka yang berminat dengan FB Unlimited, korang perlu ingat bahawa paling kurang korang kena bayar adalah untuk 5 hari bererti RM 5 minimum. Untuk maklumat lebih lanjut, mungkin korang boleh cek di website Maxis di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain