• Tambahkan Sekuriti Akaun Google Anda





    Since semakin banyak pihak yang akan mencuba untuk menggodam website mahupun blog kita, nampaknya kita perlu bertindak dengan lebih bijak iaitu dengan menambahkan lagi sekuriti kata laluan di Internet. Bagi pengguna Google, mungkin korang boleh cuba 2 Step Verification. Dengan adanya penambahan proses ini, akaun Google korang termasuk Blogger, Google+ dan sebagainya akan menjadi lebih susah untuk digodam kerana setiap kali nak login, korang perlu dapatkan SMS verification terlebih dahulu. SMS verification ini akan dihantar sendiri oleh Google kepada telefon bimbit korang. Memang nampak leceh, tapi bagi mereka yang inginkan tambahan sekuriti, ini mungkin jalan yang terbaik. 


    Apa jadi jikalau telefon bimbit itu dicuri? Jangan risau, korang masih lagi boleh mengakses akaun Google korang kerana Google turut membolehkan penggunanya menambah satu lagi nombor telefon sebagai backup. Masih tidak mencukupi? Google boleh juga memberikan beberapa nombor verification untuk simpanan korang sendiri. Tapi perlu diingatkan nombor-nombor verification ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, cuba tonton video Yotube kat atas tu dulu.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain