• DiGi bakal umumkan Galaxy terbaru di Fandroid Day?


    Korang peminat kipas susah mati Android? Tak sabar nak mencuba Ice Cream Sandwich yang terbaru? Mungkin korang boleh turut serta dalam DiGi Fandroid Day yang bakal berlangsung di DiGi Telecommunications Shah Alam pada 3 Mac 2012 dari jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang. Dengan bertemakan 'Android Fans Unite!', acara ini bakal memperlihatkan semua gajet-gajet terbaru Android di samping mengumpulkan semua peminat setia sistem operasi mobile ini. DiGi juga bakal memberikan beberapa maklumat terbaru mengenai penaiktarafan jalinan komunikasi mereka di dalam acara ini. Paling best, makan tengahari juga akan diberikan kepada semua yang hadir. 

    Ada juga yang kata mungkin akan muncul gajet baru pada acara ini. Mungkinkah Samsung Galaxy S3 atau Samsung Galaxy S Advance? Siapa tahu? Jom beramai-ramai datang memeriahkan majlis ini dan ketahui apa yang bakal mengejutkan semua pada hari itu.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain