• Keyboard Glass Touch Screen - Untuk PC


    Kita mungkin sudah terbiasa dengan teknologi skrin sentuh (touch skrin) pada gadget dan juga telefon bimbit pada masa kini. Boleh dikatakan hampir semua telefon bimbit baru sudah pun dilengkapi dengan skrin sentuh. Terbaru sebuah syarikat daripada Jepun iaitu Minebea telah memperkenalkan papan kekunci (keyboard) yang menggunakan teknologi skrin sentuh. Diberi nama Minebea Cool Leaf, ia kelihatan seperti sebuah cermin. Papan kekunci ini dikatakan mengatasi masalah habuk dan air yang sering berlaku pada keyboard biasa di pasaran. 

    Buat masa ini masih belum terdapat sebarang haptic feedback pada papan kekunci ini. Jika menggunakan teknologi wirelesss pasti lebih bagus. Yang pasti paling best adalah kalau korang tengah buat kerja, pasti senang nak tengok muka sendiri sebab papan kekunci ini sendiri daha jadi macam cermin untuk muka korang. Hebat, kira dua dalam satu ni. Masih tak tahu bila teknologi ini betul-betul akan menembusi pasaran kerana ia terpaksa bersaing hebat dengan monitor yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain