• Nokia Lumia 800 dan Lumia 710 Mula Dijual


    Pelancaran Nokia Lumia 800 dan Lumia 710 telah diadakan semalam di pusat membeli-belah Pavillion semalam. Ramai yang telah datang untuk mendapatkan produk terbaru daripada Nokia ini sehinggakan ada yang telah mula beratur daripada jam 6 pagi lagi walaupun majlis bermula pada 5.30 petang. Wow 12 jam menunggu. Memang tak da kerja lain ke?

    Pada masa yang sama, syarikat telekomunikasi di Malaysia juga telah menawarkan pakej-pakej bundle bagi mempromosikan pelan Internet mereka. Tiga gergasi utama telekomunikasi mobile Malaysia iaitu Maxis, DiGi dan Celcom telah memaparkan pakej mereka di dalam website. Nampaknya hanya Maxis sahaja yang menawarkan kedua-dua gadget ini kepada pelanggannya manakala DiGi dan Celcom hanya menawarkan Lumia 800.

    Harga Nokia Lumia 800 di pasaran adalah RM 1,650 dan Lumia 710 pada harga RM 999. Amat murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan telefon pintar yang sedia ada di pasaran sekarang.

    Pakej Nokia Lumia 800 daripada DiGi
    Pakej Nokia Lumia 800 daripada Celcom
    Pakej Nokia Lumia 800 dan 710 daripada Maxis
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain