• Pakej DiGi Untuk Nokia Lumia 800

    Teka-teki syarikat telekomunikasi yang manakah yang akan mempromosikan Nokia Lumia 800 terdahulu akhirnya telah pun terjawab. DiGi Telecommunication telah memulakan langkah pertama dengan mengumumkan penjualan pakej DiGi Smart Plan bersama-sama Nokia Lumia 800 di website rasmi mereka www.digi.com.my. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki saudara kembar kepada Nokia N9 ini, korang boleh pre-order di website DiGi sekarang walaupun tarikh penjualannya akan bermula pada 10 Februari 2011.


    Jika dilihat dengan teliti, sudah terbukti kebenarannya yang harga pasaran Nokia Lumia 800 adalah pada RM 1,650. Sekaligus menamatkan tanda tanya ramai pengguna untuk harga Windows Phone ini. DiGi menawarkan harga RM1,099 sebuah sekiranya korang mendaftar dengan pelan DG Smart Plan 68 dengan 24 bulan kontrak. Terdapat juga DG Smart Plan 48 namun harga gadget ini ditawarkan pada harga yang berbeza.

    Buat mereka yang tidak tahu, Nokia Lumia 800 merupakan telefon Windows Phone daripada Nokia yang dilengkapi dengan 3.7" Clear Black AMOLED Touch Screen (Gorilla Glass), 8 Megapixel kamera, AGPS Nokia Drive, 16GB Built-In Memory, 512 RAM dan 1.4 GHz Qualcomm cip pemprosesan. Tiada kamera di bahagian depan dan juga menggunakan micro sim (sama seperti N9 dan iPhone 4).
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain