• Update Blog Guna SMS dan MMS


    Mungkin x ramai yang tahu yang korang sebenarnya boleh menulis blog daripada telefon bimbit korang sendiri. Yup tak kisah lah korang guna apa telefon bimbit jenis apa, Blogspot membenarkan korang mengarang post.terkini korang on the go! Caranya mudah sahaja.Hanya pergi ke http://go.blogger.com dan ikuti langkah yang diberikan. Dengan hanya menggunakan SMS dan MMS, korang tak perlu susah payah nak buka komputer untuk memasukkan entri terkini. Namun perlu diingatkan setiap blog post yang korang hantar akan dikenakan caj seperti biasa (caj biasa SMS dan MMS).

    Berikut adalah langkah yang diperlukan untuk membuat entri menggunakan SMS dan MMS/Email:

    MMS @ Email
    • Mula-mula, hantar MMS atau email dengan perkataan 'REGISTER' kepada go@blogger.com
    • Google akan membalas mesej itu dengan alamat blog mobile baru anda dan sebuah 'claim' code.
    • Anda boleh terus membuat entri ke dalam blog yang baru atau gunakan 'claim' code untuk hubungkan telefon kepada blog yang sedia ada.
    SMS
    • Hantar SMS dengan perkataan  'REGISTER' kepada BLOGGR (256447).
    • Google akan membalas SMS anda dengan alamat blog mobile baru anda berserta sebuah 'claim' code.
    • Anda boleh mula membuat satu entri dalam blog baru atau gunakan  'claim' code untuk hubungkan telefon kepada blog yang sedia ada.
    p/s: Setiap 'claim' code perlu diletakkan di alamat ini http://go.blogger.com
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain