• Android dalam Nokia N9 (NITDroid)


    Bagi pengguna Nokia N9 di luar sana, pastinya mereka akan rindukan semua apps yang terdapat di dalam telefon bimbit Android atau iOS mereka sebelum ini. Aplikasi seperti Whatsapp, Viber, dan Draw Something masih belum dibina untuk sistem operasi MeeGo.


    Untuk mereka yang suka mencuba, kini korang boleh install Android Ice Cream Sandwich ke dalam Nokia N9 anda. Projek NITDroid ini masih di tahap Alpha test, namun kita boleh lihat ICS telah berjaya diintegrasikan ke dalam Nokia N9 dengan lancar. Mungkin kita bakal melihat versi Beta dikeluarkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

    Antara kelemahan yang terdapat di dalam Alpha version ini adalah:

    • Status bateri tidak kelihatan, membuatkan kita tertanya-tanya berapakah peratus bateri yang masih ada.
    • WiFi dan GPS masih belum boleh digunakan.
    • Tidak boleh menjawab sebarang panggilan biasa. Tiada suara apabila diangkat.
    • 3G dan 2G mode hanya boleh digunakan setelah ia diperbaiki secara manual. Agak sukar untuk mereka yang baru belajar.
    Saya telah mencuba beberapa aplikasi dan hasilnya amat meyakinkan. Antara aplikasi yang telah dicuba adalah Angry Bird Space, Whatsapp dan juga Draw Something.

    Bagi mereka yang ingin menggunakan NITDroid, anda boleh pergi ke forum rasmi mereka di sini.

    p/s: Perlu diingatkan bahawa NITDroid akan mengakibatkan warranty Nokia N9 anda tidak valid. Fikir dahulu sebelum buat ya.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain