• Animasi Kuda di Enjin Carian Google

    Jika anda melawat laman carian popular di dunia, Google pada hari ini, anda pasti akan dapat melihat imej di atas yang menggantikan perkataan "Google". Menariknya, sekiranya anda menekan butang "Play" di dalam imej ini, gambar-gambar di dalamnya akan mula bergerak perlahan-lahan lalu menjadi sebuah video animasi. Jadi apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Google ini?

    Perubahan pada Google Doodle ini merupakan salah satu cara mereka untuk memperingati ulang tahun ke-182 Eadweard J Muybridge, seorang tokoh yang penting dalam dunia perfileman dan animasi. Beliau merupakan orang yang pertama berjaya menggabungkan beberapa siri gambar orang yang menunggang kuda dan menjadikan ia kelihatan seolah-olah bergerak (filem). Cuba lihat gambar di bawah sebagai contoh:


    (Sumber gambar: Google dan IBN Live)
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain