• CutePress - Aplikasi Wordpress untuk Nokia N9


    Bagi kaki-kaki blogger di luar sana, anda pasti banyak bergantung kepada telefon pintar anda untuk mengemaskini blog. Pengguna iPhone dan Android pastinya sudah biasa menggunakan aplikasi yang direka khas oleh pemaju-pemaju blog seperti Blogger dan Wordpress. Namun, masih tiada lagi aplikasi blog yang rasmi buat pengguna MeeGo, Nokia N9.


    Kini, pengguna telefon bimbit minoriti ini tidak perlu bimbang kerana terdapat sebuah aplikasi Wordpress tidak rasmi rekaan para pengguna Nokia N9 sendiri. Dengan adanya aplikasi ini, anda boleh mengakses laman blog Wordpress anda dan membuat atau mengedit entri secara mudah alih. Malah pengguna boleh melihat komen-komen terkini di dalam blog mereka di samping membuang komen-komen yang tidak berkenaan.

    Dengan aplikasi CutePress ini, anda bukan sahaja boleh mengakses blog yang terletak di dalam server Wordpress, malah anda juga boleh mengakses blog yang menggunakan template Wordpress di dalam server anda sendiri. Menariknya, aplikasi ini adalah percuma buat semua pemilik N9 dan boleh didapati di dalam Nokia Store.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain