• [MeeGo] MusiKloud - Aplikasi Sound Cloud Nokia N9


    Bagi penggemar aplikasi Sound Cloud, anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk memuat turun MusiKloud ke dalam Nokia N9 anda. Aplikasi ini membolehkan anda mencari, memuat turun serta membuat senarai lagu yang anda minati dengan mudah. Anda tak perlulah lagi memuat turun lagu-lagu ke dalam telefon bimbit anda kerana semua lagu kini boleh didengari secara online. Apa yang penting, anda perlulah membuka sebuah akaun Sound Cloud secara percuma. Perlu diingatkan oleh kerana ia menggunakan online, maka anda tidak boleh mendengar lagu-lagu apabila tiada Internet melainkan anda telah memuat turun lagu itu ke dalam telefon anda.


    Aplikasi MusiKloud ini boleh dibeli melalui Nokia Store dengan harga RM 4.00 sahaja. Rasanya amat berbaloi  jika dibandingkan dengan fungsi yang ditawarkan kepada anda.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain