• [MeeGo] Projek Whatsapp untuk Nokia N9


    Seperti yang kita sedia maklum, Nokia N9 masih belum lagi mempunyai aplikasi Whatsapp yang amat diminati ramai sekarang. Antara sebab utama adalah kerana N9 menggunakan sistem operasi MeeGo, satu-satunya peranti telefon bimbit yang menggunakan sistem ini. Malah tidak hairan mengapa pihak Whatsapp tidak berminat untuk membuat pelaburan untuk Nokia N9.

    Walau bagaimanapun, oleh kerana MeeGo adalah sistem operasi terbuka yang membolehkan penggunanya mengakses sistem dengan lebih dalam, salah seorang peminat setianya telah pun mengumumkan yang beliau mampu membuat aplikasi tidak rasmi untuk Whatsapp Nokia N9. Projek yang diberi nama Wazzap ini telah pun mendapat perhatian daripada semua peminat MeeGo di seluruh dunia. Buat masa ini masih belum ada tarikh yang tetap bila aplikasi ini bakal dikeluarkan untuk semua namun, anda boleh memberikan sokongan kepada projek ini dengan menderma melalui laman web rasminya

    Sama-sama kita nantikan projek ini selesai dan berada di pasaran tidak lama lagi. Khabar angin mengatakan ia bakal siap pada bulan Mei akan datang. Tak pasti sama ada betul atau tidak.

    P/s: Update terbaru yang diterima adalah terdapat sedikit kelewatan daripada pihak developer sebelum aplikasi Wazapp ini dibuka kepada umum. Dijangkakan ia bakal dikeluarkan pada pertengahan bulan Mei.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain