• YOUM Samsung - AMOLED yang fleksibel


    Sungguh menarik teknologi YOUM yang diperkenalkan daripada Samsung baru-baru ini kerana ia seakan-akan teknologi skrin yang kita sering lihat di dalam filem-filem Hollywood. Skrin AMOLED terbaru ini dikatakan amat fleksibel sehingga boleh dilenturkan kerana ia tidak menggunakan kaca biasa. Ia menggunakan gabungan filem TFT, lapisan organik, filem Encap dan Polariser. Samsung menggambarkan teknologi terbaru ini dengan "Nipis, Lebih Ringan dan Tahan Lasak". Ini seolah-olah macam teknologi canggih dalam cerita Star Trek atau Star Wars kan? Ada kemungkinan besar kita bakal melihat teknologi ini diperkenalkan secara menyeluruh di dalam gajet-gajet samsung seperti Galaxy Tab dan Phone di masa akan datang. Sama-sama kita nantikan.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain