• Lihat kadar peratusan Nokia N9 dengan Battery Icon


    Buat pengguna Nokia N9, anda pasti menghadapi masalah untuk mengekalkan kapasiti bateri anda untuk bertahan selama sehari. Terutama buat mereka yang menggunakan akaun media sosial secara berterusan seperti Facebook chat, Google Talk dan Skype. Memang agak sukar untuk mengawal kadar penggunaan bateri ini walaupun Nokia N9 dilengkapi dengan sistem Power Saver Mode.

    Alangkah bagusnya jika kita boleh melihat status bateri Nokia N9 kita secara terus tanpa perlu membuka apa-apa aplikasi kan? Kini anda tak perlu bingung lagi kerana sudah ada aplikasi sebegini di dalam Nokia Store. Aplikasi ini sangat mudah dan hanya membuat satu perkara sahaja iaitu menunjukkan kadar peratusan bateri Nokia N9 di bahagian senarai aplikasi (lihat gambar di bawah).


    Sekiranya telefon bimbit anda disambungkan kepada sumber elektrik untuk dicas, aplikasi ini akan memberitahu anda dengan menunjukkan tanda kilat di bahagian atas gambar bateri tersebut. Walaupun ia dilihat amat remeh dan kecil sahaja, namun aplikasi ini mampu membantu anda dalam mengawal kadar penggunaan Nokia N9 dengan lebih baik. Untuk mereka yang ingin mencuba, anda boleh layari laman web Nokia Store di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain