• QNeptunea - Aplikasi Twitter terbaik untuk Nokia N9


    Twitter kian menjadi popular di kalangan pengguna telefon bimbit pintar pada masa kini. Berbeza daripada Facebook dan laman media sosial yang lain, Twitter beroperasi dengan lebih mudah di mana anda boleh melihat status atau tweet terkini di bahagian timeline akaun anda secara terus. Ia boleh dijadikan sebagai sumber berita yang pantas walaupun tidak semua informasi yang dikongsi boleh dipercayai bulat-bulat. Terdapat banyak aplikasi Twitter yang ada di pasaran sekarang seperti TweetDeck, HootSuite, dan banyak lagi. Setiap aplikasi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

    Bagi pengguna Nokia N9 pula, anda sudah pasti akan ketinggalan sekiranya anda tidak memuat turun aplikasi Twitter terbaik iaitu  QNeptunea ke dalam telefon bimbit anda. Walaupun aplikasi ini masih belum boleh di dapati di dalam Nokia Store, namun jumlah penggunanya semakin meningkat dari hari ke hari. Sebab utamanya adalah kerana fungsi dan kemaskini yang dibuat oleh pencipta aplikasi ini amat berguna dan pantas. Objektif utama aplikasi  QNeptunea ini adalah sangat ringkas iaitu memudahkan dan memberikan pengalaman yang sempurna buat pengguna Twitter Nokia N9.


    Berbanding aplikasi Twitter yang sedia ada di dalam Nokia N9,  QNeptunea dilhat lebih responsif dalam menghantar notifikasi mesej terbaru. Malah sistem notifikasinya juga diintegrasikan sekali bersama sistem MeeGo membolehkan anda melihat notifikasi terbaru secara terus tanpa membuka  QNeptunea. Terdapat juga bunyi di setiap notifikasi. Dari segi konfigurasi, aplikasi ini membawakan lebih banyak pilihan dan anda juga boleh memilih untuk mengubah theme aplikasi ini. Dari segi kepantasan menerima tweet terbaru,  QNeptunea dilihat lebih pantas. Saiz huruf di dalam aplikasi ini juga boleh diubahsuai untuk memenuhi kehendak mata anda.

    Bagi yang ingin mencuba, anda perlu memuat turun fail .deb QNeptunea melalui  laman web mereka. Buat masa ini terdapat 27 kemasikini yang telah dibuat terhadap aplikasi ini dan akan terus dikemaskini oleh penciptanya pada masa akan datang. Anda tak perlu risau jika ada kemaskini terbaru kerana aplikasi ini akan terus memberitahu anda sekiranya ada versi terbaru yang telah dikeluarkan kepada semua pengguna Nokia N9. Bagi yang belum mencuba, pastikan anda memuat turun aplikasi ini ke dalam Nokia N9 anda pada hari ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain