• Wazapp - Whatsapp untuk Nokia N9


    Buat semua pengguna Nokia N9, akhirnya penantian yang lama sudah pun berakhir apabila munculnya sebuah aplikasi yang mampu membolehkan pengguna N9 berhubung dengan rakan-rakan mereka melalui Whatsapp. Wazapp merupakan sebuah aplikasi tidak rasmi Whatsapp yang telah direka khas daripada komuniti MeeGo sendiri dengan menggunakan kod pengaturcaraan yang sedia ada pada Symbian OS. Disebabkan kedua-dua OS MeeGo dan Symbian menggunakan sistem basic yang sama iaitu QT, maka tidak mustahil aplikasi seperti ini boleh wujud.

    Walau bagaimanapun, aplikasi Wazapp ini masih lagi di peringkat Beta dan terdapat banyak lagi fungsi-fungsi yang perlu lagi diperbaiki seperti penghantaran fail media (muzik, gambar atau video) dan group chat. Fungsi chat biasa pada Wazapp dilihat amat bagus kerana anda akan menerima notifikasi untuk setiap mesej terbaru dengan integrasi bersama OS MeeGo. Terbaru, sistem emoticon juga disertakan sekali buat pengguna N9. 


    Mungkinkah kita bakal melihat lebih banyak lagi aplikasi yang akan dibawa masuk ke dalam Nokia N9? Sama-sama kita nantikan. Untuk mereka yang berminat untuk menggunakan Wazapp, anda boleh layari laman web mereka di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain