• 50% Diskaun untuk Domain .my


    Bagi mereka yang ingin membeli atau memperbaharui nama domain .my, kini anda bakal bergembira kerana pihak MYNIC telah mengumumkan potongan 50% kepada mereka yang membeli atau memperbaharui nama domain .my termasuklah .com.my, .org.my, .net.my, .org.my, .name.my, .gov.my, .mil.my, .edu.my, dan .my. Promosi bersempana bulan kemerdekaan ini akan bermula pada 1 hingga 31 Ogos 2012. Ini sememangnya amat menarik  buat pemilik dan pembina laman web di seluruh Malaysia kerana harga nama domain .my pada masa sekarang adalah RM120 setahun.

    Berikut merupakan senarai harga selepas diskaun yang akan mula dipromosikan kepada semua rakyat Malaysia bermula pada hari esok. Bagi yang berminat untuk membeli, anda boleh layari laman web MYNIC untuk melihat syarikat-syarikat reseller yang terlibat sama dalam promosi ini. Antara syarikat yang popular adalah Cari Internet Sdn Bhd, Exabytes Network Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Mesra.net Sdn Bhd, Jaring Communication Sdn. Bhd, DataKL Solution Sdn Bhd dan banyak lagi. Namun perlu diingatkan kepada semua bahawa harga promosi ini hanyalah untuk sebarang transaksi pada bulan Ogos 2012. Bermakna pada tahun berikutnya anda perlu membayar pada harga yang asal.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain