• Asus PadFone - Telefon dan Tablet


    Bagi mereka yang ingin menggunakan telefon bimbit dan tablet Android tanpa perlu memerlukan dua SIM kad yang berbeza serta dalam lingkungan harga yang mampu dimiliki, anda mungkin ingin mencuba Asus PadFone. Peranti keluaran Asus yang baru sahaja tiba di Malaysia ini telah pun memenangi Anugerah "Best of Innovation 2012". Dengan adanya peranti sebegini, anda tidak lagi perlu membeli tablet dan juga telefon bimbit secara berasingan.


    Peranti berharga RM2,499 ini dilengkapi juga dengan sebuah pen yang juga bertindak sebagai mikrofon dan peti suara untuk anda menjawab telefon apabila berada dalam mode tablet. Seperti peranti Android yang lain, ia menggunakan Ice Cream Sandwich dengan cip pemprosesan dwi teras 1.5Ghz serta 1GB RAM. Mode telefon bimbitnya dikenali sebagai PadFone manakal mode tabletnya dikenali sebagai PadFone One Station. Menariknya ia juga dilengkapi dengan kamera 8 Megapixel dan boleh digunakan ketika di dalam kedua-dua mode. Masih belum diketahui lagi sama ada peranti Android keluaran Asus ini bakal menerima kemaskini JellyBean ataupun tidak di masa akan datang. Namun, bagi mereka yang inginkan kelainan, anda mungkin boleh mencuba peranti ini.


    p/s: Terima kasih kepada saudara Ahmad Saufi kerana sudi membenarkan saya untuk mengodek peranti canggih beliau :)
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain