• Galaxy Note 2 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

    Nampaknya ura-ura kedatangan Samsung Galaxy Note 2 semakin jelas sejak akhir-akhir ini apabila terdapat khabar angin yang kuat mengatakan yang ia bakal dilancarkan pada 15 Ogos 2012. Dijangkakan juga Note 2 ini bakal berada di pasaran mulai 1 bulan kemudian. Mengikut ramalan awal di Internet, Samsung Galaxy Note 2 bakal memiliki cip pemprosesan 1.6Ghz Quad Core bersama 1.5MB RAM. Ia juga mungkin menggunakan versi Android terbaru iaitu Jelly Bean.



    Saiz skrinnya mungkin akan diperbesarkan di samping mempunyai kamera 12 megapixel. Kita juga boleh menjangkakan yang ia akan didatangkan dengan reka bentuk terbaru sama seperti Samsung Galaxy S3. Dari  segi ketahanan bateri, Note 2 bakal mempunyai jangka hayat yang lebih lama seperti Google Nexus 7 daripada ASUS. Walaupun begitu, semua ini hanyalah tekaan semata-mata dan Samsung masih lagi berahsia dengan spesifikasi sebenar telefon bimbit terbaru keluaran mereka ini. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain