• Gambaran awal iPhone 5 tersebar


    Nampaknya gambaran awal iPhone 5 mula tersebar luas di Internet baru-baru ini. Dipetik dari sumber GSMArena, iPhone yang bakal tiba pada bulan Ogos atau September ini bakal kelihatan menyerupai iPhone 4 dan 4S sedia ada namun dengan kelebihan skrin yang lebih panjang dan besar. Malah reka bentuknya dilihat lebih nipis berbanding iPhone versi lama. Jika dilihat dengan lebih teliti, dock audio untuk iPhone 5 berada di bahagian bawah tidak seperti sebelum ini di mana ia diletakkan di bahagian atas. Seperti biasa, pihak Apple masih lagi berdiam diri dan tidak mengesahkan sama ada gambar-gambar ini adalah asli ataupun rekaan semata-mata. 



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain